Assalamualaikum...
Dah lama rasanya aku tak meng-update apa-apa entry.
Rasanya dah hampir setahun KOT. -.-"
Tapi tak mengapa,
hari ni terdetik nak bukak blog ni semula nak bersih-bersihkan apa yang patut.
Musuh dulu a.k.a Buah hati aku.
Kamil Mahdi b. Khamarulzaman.
Ehem-ehem-ehem.
Nak mulakan cerita dah ni.
Aku nak tanya la kan,
salah ka aku ni ada hubungan yang istimewa dengan MUSUH lama aku?
Aku tau bunyi tu macam pelik sikit, err mungkin pelik banyak. -0o-
Ya la kan, MUSUH kot.
Benda ni tak pernah aku terfikir, terlintas difikiran, terbayang and so on
terjadi dalam hidup aku.
Ya la MUSUH lama aku jadi buah hati yang tercinta.
Sesiapa yang mendengar pasti terkejut BEROK bila dapat tahu aku dan dia
tengah hangatnya bercinta sekarang and berharap sampai bila-bila.
Siapa yang tahu, dulunya saling membenci,
sekarangnya saling mencintai.
Pasti ada mulut yang berbicara tentang ni.
Memang ada punyalah.
Sebab semua orang tau aku and dia ni
mana boleh dengar nama masing2 (gadoh-gadoh manja dulu)
kalau dengar ja mesti la ada sumpah seranah.
Kononnya apa yang berlaku sebelum ni tak dapat nak maafkan la,
apa laa, dan sebagainya.
Time tu kalau bercakap sure tak ingat dunia.
Yang tahu masa tu sumpah seranah sampai puas hati.
Tapi agak sedih sebab banyak yang tak dapat terima hubungan kami.
Banyak yang berubah.
But it's ok uolls.
Yang penting restu mak and ayah tu lebih penting dari orang sekeliling.
Keluarga dia ok,
Keluarga aku pun ok.
Alhamdulillah, yang tu berjalan lancar.
Apa orang sekeliling kami bercakap tentang kami,
aku and dia menganggap semua tu dugaan.
Dan dia jugak cakap dekat aku,
sejak dia kenal aku mengenali aku,
baru dia tahu apa pandangan dan tanggapan orang terhadap dia.
Bukan hanya tentang dia ja orang bercakap,
orang bercakap tentang aku jugak,
kononnya aku ni PERAMPAS.
Perampas sangatkan. :))
It's ok, mulut orang berbicara,
memang begitukan??
Ada saja yang tak kena di matanya mereka.
Mereka berucap seumpama mereka lah yang sempurna,
tiada cacat cela, tidak menyakiti hati yang lain.
Bercakap seperti mereka yang bagaikan kain putih yang belum dicorakkan dan
hasilnya pasti megah dipersada dunia.
Aku bukanlah PERAMPAS sepertimana
yang mereka ucapkan.
Biarlah aku, dia dan Tuhan yang tahu perihal yang sebenar.
Aku tak kisah apa orang nak kata tentang aku.
HUKUM KARMA pasti akan mendekati mereka semua.
Berbicara biarlah yang baik2 sahaja yang terbit dihati dan bibir,
agar tidak terkena pada diri sendiri.
KEPADA MEREKA-MEREKA YANG DI LUAR SANA,
BACA BAIK-BAIK.
AKU DISINI DAN DIA SUDAH MEMAAFKAN KAMU SEMUA.
TIADA DENDAM DI HATI.
SEMOGA HIDUP KAMU-KAMU SEMUA DALAM KEADAAN DI RAHMATI ALLAH SWT.
AMIN.
IN SHAA ALLAH :))
SEKIAN!